Uncategorized
9 SEBAB KENAPA SAYA TETAP MEMILIH TUDUNG BAWAL DARI REMAJA HINGGALAH BERANAK 4
Dari muda hinggalah 4 orang anak, Sis Nida selesa bertudung bawal labuh bidang 60 kerana cukup labuh menutup dada dan bahagian belakang. Bila pelbagaikan sebarang gaya yang stylish pun tetap nampak labuh. Lagi best bila En. Suami cakap, pakai tudung bawal labuh ni nampak lebih MUDA & MANIS! Siapa tak suka kalau suami sendiri yang puji kan? Huhu…
Tudung bawal ni sesuai untuk semua jenis bentuk muka di tambah pula material Heavy Cotton Turkey ni mudah sangat nak bentuk pada bahagian muka. Tak risau lagi tudung kelepet atau senget. So, tak perlu nak mengadap cermin lama2. Jimat masa! Stress sangat kalau tudung tu asyik tak jadi kan?
Hanya gosokan minimal diperlukan kerana kedutannya mudah hilang. Kadang-kadang tak sampai hati nak gosok, sebab memang tak nampak kedut pun. Kalau dah lambat, memang terus pakai je, dah tak perlu nak gosok. Lagilah bila dah anak ramai ni, yang penting jimat masa! En. Suami pun tak merungut sebab cepat je bersiap. Lagi best sekarang dah tak risau lagi tudung jadi kedut bila mendukung baby. Nampak kemas sentiasa. Yeah!
Jatuh hati sangat dengan material Heavy Cotton Turki ni. Fabriknya yang tidak jarang dan tidak panas. Jadi, tak perlu nak pakai inner dan takde lah berpeluh atau berbau walau dipakai 8-10 jam ke tempat kerja atau kuliah.
Kombinasi pilihan warna yang sweet & design yang terkini buatkan Sis Nida rambang mata. Di tambah pula dengan design yang kemas tampak eksklusif sesuai dipakai ke sebarang majlis.
Fabric Heavy Cotton Turki ini jenis yang breathable dan tidak panas. Jadi takde lah berpeluh dan berbau walau dipakai 8-10 jam ke tempat kerja atau kuliah.
Kini dah tak bimbang lagi kerana fabrik Heavy Cotton Turki ni jenis yang flowy dan tidak memberi kesan melekap yang menampakkan dada atau bentuk badan. OK, lulus satu lagi syarat penting.
Satu lagi kenapa Sis Nida suka fabric Heavy Cotton Turki ini kerana tidak licin dan tidak bergerak2 apabila dipakai. Maintain je terletak atas kepala. Jadi, tak perlu lah kejap2 asyik nak kena betulkan tudung je kan? Confident je sepanjang hari 🙂
Lagi best sebab fabric Heavy Cotton Turki ni hanya perlu rendam dan kemudian bilas je. Mudah kan? Jimat masa!
Fuhhhh…panjang pula Sis Nida membebel. Tapi serius tudung Heavy Cotton Turki ni memang pilihan yang IDEAL & BEST.
So…if berminat untuk cuba, boleh terus order di www.annurnida.com. Dengar kata ada banyak series terbaru.
Leave a reply